Berbekalkan pengalaman yang luas di dalam perdagangan minyak serantau, Tan Sri Stary Loo JP  menubuhkan Synergy Holdings (Labuan) Ltd sebagai syarikat berdaftar di Malaysia. Sebagai anak syarikat milik penuh, Synergy Energy (Labuan) Ltd memberi tumpuan kepada perdagangan minyak mentah, produk petroleum, petrokimia dan LNG.


Setelah beberapa tahun, Synergy Energy (Labuan) Ltd telah meletakkan kedudukannya sebagai syarikat perdagangan tenaga Malaysia utama di arena serantau, beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia serta di Bangkok, Thailand.


Kami berhasrat untuk berkembang maju seiring bersama industri minyak dan gas Malaysia, bergandingan bersama syarikat utama antarabangsa untuk membawa kepakaran, perkhidmatan dan pelaburan ke dalam negara. Kami berperanan untuk menjadi rakan kongsi tempatan yang berdaya maju bagi membantu melaksanakan wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perdagangan komoditi utama di Asia.